08 September 2010

Keruan Si Pencacai

Pergi juga kau kali ini
Sungguh aku sedih walau tidak menangis
Sungguh aku sedih yang sangat dalam
Siapa-siapa manusia tidak akan tahu apa rasa dalamku
Pergi lagi kau membawa beribu peluang
Yang datang tak selalu datang
Dan aku masih juga kebodohan
Gelak melalak semacam akan hidup sekurun lagi
Walhal pembungkusku siap sedia disisi
Beri aku segala kekuatan dan kegagahan
Melawan selaut dunia cabaran
Jalan lurus-Mu
Basahkan mukaku

Budaya Perlawanan #1

Budaya perlawanan sering dijerit-jerit anak-anak muda pada zaman perkara-perkara yang tidak adil itu bermaharajalela sana-sini.Aku juga,walaupun mungkin sudah tidak lagi muda,terlibat sama.Melawan sesuatu bagi aku sesuatu yang radikal dan memerlukan kesungguhan yang sangat dalam.

Dalam benar.

Ini memang aku maksudkannya.Pelbagai kaedah dan cara boleh diambil dan dibuat untuk membantu kita pergi ke arah yang kita mahu dan tahu.Aku sebagai manusia biasa,merasa juga hal-hal sebegini ada menggangu dan menanam cerucuk dalam untuk aku berbuat sesuatu.Mungkin ke arah menjadikan dunia yang lebih baik;pada pendapat aku.

Tetapi-tetapi.Dalam ghairah dan sibuk benar membudayakan budaya perlawanan ini,ada juga perkara dan hal-hal yang aku nampak cacat,bodoh dan semak.Mana-mana yang dilihat tidak termasuk normal dianggap sesuatu yang tak normal.Baik bagi si normal 9-5,bagi gadis Jurusan Pengajian Perniagaan UiTM,makcik kerajaan,Punk Rocker,pemain bola sepak,Jamaah, dan sesiapa sahaja pun.

Oleh yang demikian,aku mahu merayakan budaya perlawanan yang aku percaya.Kalau semua mahu kurus dan fit,biar aku jadi lawannya.Aku gemuk,berlemak dan obes.