17 August 2010

Para Pencari Tuhan

Ada yang mengasing diri bermalam-malam.Khalwat sendirian melihat diri.Ada yang menari-nari mencuci dosa lampau yang dirasakan mengalir laju dalam sendi diri.Ada yang menjerit dalam terkesan apa yang dilakukan selamanya.

Buat lah apa kau mahu.Apa kau percaya.Kelak diri mencari siratulmustaqim.Aku juga menjadi salah seorang manusia yang mencari sehari-harian.Memang selalu pelbagai hal,urusan,kecelakaan,menyumpah yang aku rasa dan cium hari demi hari.

Membuat aku merasa diri bernilai untuk aku terus gagahi adalah nikmatnya nyawa.Nikmatnya iman.Nikmatnya hidung.Hidung terbentuk bulat untuk aku bernafas kencang bila berlari.Agar aku tahu diri.Ke mana-mana yang aku mahu pergi.

Sampai aku mati.

15 August 2010

Kau Sanggup?

Ada duit berjuta-juta.Gedung di bukit,kapal di laut.Isteri lawa.Anak-anak masuk Matrikulasi dan jadi doktor.

Tapi,kau sanggup hilang semuanya.Demi mahu sepasang mata sempurna.Untuk tujuan hanya satu.Melihat.

Sanggup kau bertukar?Trade in.Sanggup?

14 August 2010

Berlengas Badan

Kau tahu berlengas tu apa tak?Jangan kata tak tahu pulak.Sebab nanti aku jadi panas.Berlengas ni bagi yang faham,akan tahu dan mahir benar rasanya.Aku baru habis berlengas la ni tadi.

Tak selesa,panas,berpeluh-peluh,semuanya terhadam jadi satu.Memang tak selesa.Kalau aku masih bayi comel berketul-ketul badannya,aku akan menangis teresak-esak dan nampak comel.Dah besar ni tak dapat lah mahu menangis begitu.Mahu ditampar sahaja pipi aku.

Tadi,macam biasa yang tidak lah biasa pun,aku bermain futsal.Kaki-kaki yang main sama tak ada lain,muka-muka yang sama juga.Ramadhan,Pesta Keamatan,Hari Malaysia,atau hari apapun pun,kalau mahu dan sudah dirancang,akan juga tersembul muka-muka kaki ini bermain bersama-sama.

Jujurnya,aku bukanlah jenis laju.Sebab badan aku sedia besar dan gemuk,membantut pergerakan aku menjadi lebih lincah.Asal hati memang mahu berlari 1-2 bersama rakan sepasukan,kawan sepak jauh,aku berlari kencang,menyambut dan menendang pantas.Itu semua sudah dirancang dalam kepala bana aku awal-awal.

Memang dah dirancang.Tapi,Allah sudah menetapkan yang tahap kecerdasan aku begini.Yang terbaik begini.Walau diri selalu merungut,aku kembali mengingat.Mesti ada hikmahnya.Ada sebab kenapa aku tak selincah Lionel Messi,Raul,sekadar menyebut beberapa nama.

Namun begitu,aku tetap lincah.Dengan gaya aku.

13 August 2010

Kau Nak Yang Mana Ni?

Sekejap nak gunakan catatan,sekejap refleksi.Sekejap program pemantapan,sekejap konsert.Sekejap bagi rotan,sekejap peluk-peluk cium.Sekejap adalambang,sekejap tak payah lambang.Sekejap anti,sekejap tak kisah.

Kau nak yang mana ni?Jangan main gila.Kalau boleh,aku senyum pada mu semua komrad-komrad ku.

Menu Hari Ini

Ada nasi goreng kampung.Ada Lamb Chop-chop.Ada tembikai merah bulat.Ada diri yang dahaga.Ada adik-adik.Ada mak dan abah.

Juga ada juga tak terawih kita malam ni.Patut la gedempol.Malas sudah jadi merajai sana-sini.Esok program boleh pergi mati.

12 August 2010

Gambar Mana?

Belog apa kalau tak ada gambar?

Tak art la kau ni!

Cikgu poyo,syok sendiri

Sejak bila aku kisah pasal kau,engkau dan kau?Penat macam nak mati la sayang.Bagi orang sayang aku pula.

Mungkin berbaloi.

Macam Sudah Lama Sangat

Selamat berpuasa.Ahlan Ya Ramadhan.Berjumpa lagi bulan perubahan manusia secara total.Bazaar Ramadhan tumbuh semacam kulat atas roti putih.Hijau warna.Tak boleh dimakan sebab nanti sakit perut terkena fungus.

Aku seboleh-boleh memang seiring manusia lain.Mahu bertukar.Mahu mengelok diri menjadi diri yang lebih baik dan baik dan baik dan baik.

Berputar-putar menjauh.Aku usaha tahap mana yang aku mampu.Soal kehendak diri dan apa yang menjadi Ad-Din aku iaitu Islam terus memuncak.Terkadang susah macam nak mati menerangkan apa aku faham dan aku percaya.

Tapi,biarlah sendiri.Hanya Ilahi dan aku yang mengerti dengan dalam-dalam.Hari ini aku rasa sangat panas.Bila sudah aku kata sangat panas,aku maksudkan dengan tegas.Memang panas.

Bercampur pula dengan baju batik merah ketat,seluar khaki bercapuk dan rasa kering dimulut,membuat aku sering alpa soal sabar.Marah sikit,rotan.Marah sikit,rotan.Kau nak jadi apa,cikgu?Merotan sahaja kerja.Soal ini perlu pendekatan ilmiah.Kajian buku berpuluh-puluh,pengurusan efisen,laporan itu,laporan ini.

Aku menghadap dan aku rasa.Aku fahamlah sendiri.Aku percaya apa aku percaya.

02 August 2010

Pening Berpusat

Semenjak bila aku tak pasti.Tapi aku tahu dan faham yang aku punyai penyakit.Aku dapat rasa.Kepala aku pening dan rasa tak selesa.Lampu oren menyala,bau tikar buluh,kebisingan kelas,benda bulat-bulat di punca bekalan elektrik.

Semua buat aku pening.Nak muntah.

Juga aku tambah sikit.Manusia yang kebodohan tapi berlagak tahu dan faham.Aku tak perlu menjadi kau untuk menjadi sebodoh kau.

Hawau.

True Sangat

Tak ada masalah.Tak ada apa-apa.Kami Punk Rockers.Ada banyak patches,ada banyak button.Selalu ada muka di gig-gig.Kenal ramai orang lain.Kenal band-band otai scene.Punk Rockers juga.Idea kami berjela-jela.Kami nak ubah dunia.Kami nak dunia begini,nak dunia begitu.Kami tak suka polis,kami tak suka agama.Kami ganas.Kami jahat.Kami pecah.

Tapi,duit tempahan baju pun kau sapu.RIP sampai mati.T-shirt tak nampak muka dan dye nya.Jumpa muka tak biasa,ketat muka tak terkata.Macam nak koyak seluar.Duit show kau RIP.Duit 7' kau RIP,duit baju buat bodoh,duit zine buat lambat.

Kau lah kebodohan dunia.Jangan berbunga-bunga mahu cerita perubahan.Ubah diri sendiri dulu.

True lah sangat.

Celah;Gatal

Celah bergeser-geser.Sebab utama,tentunya badan yang obes.Ya.Obes tu nama komersial dan kata dalam dunia perubatan.Kata kampung nya ialah gemuk.

Bila dah bergeser setiap masa berjalan,ianya jadi merah dan gatal.Mahu aku garu tapi ada mata gadis muda melihat-lihat.Berkurung biru rona-rona laut.Ada corak-corak pelik dan abstrak.Tapi,cantik di mata aku.

Tidak cantik.Comel bagi aku.Tak kan lah dia mahu melihat aku menggaru-garu kelengkang pada saat-saat awal bersama?

Aku masih boleh berfikir,meskipun gatal kelengkang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mari-marilah kita menulis.Bila dah membaca,fikiran berjalan dan kita berfikir.Barulah sesuai dengan segala macam bana isme-isme yang kau jaja dalam lagu,puisi,kepala dan bercakap.

Betul.Tulis senang lah.Cuba buat tengok.Aku sedang cubalah ni.Memuat mana yang aku mampu.Membuat segala macam perkara yang aku rasa dapat memberi bukan aku sahaja,tetapi segala manusia kebaikan secara mutual dan bersama-sama.

FAQ
Aku siapa?Tak perlu lah nak tahu sangat.Itu tidak penting sangat.Yang penting isi cerita,isu,ilmu yang mungkin ada untuk dikongsi secara baik bersama-sama.

Kenapa Ulas-ulasan?Kenapa tak komersial?Kenapa kau gemok?Ulas-ulasan adalah badan yang tiada hierarki,tidak merancang untuk mengaut berjuta-juta dari tulisan ini dan bersifat tidak memihak siapa-siapa.Aku memihak diri aku.Jika ada persamaan,itu namanya bersependapat.

Jika tidak,kita gaduh.Maaf.Gurau sahaja.Kita tidak bergaduh.Kita menyelam dalam lagi dan berbual.Isi cerita boleh jadi apa sahaja.Yang aku suka,yang aku nampak,yang aku bau dan yang aku rasa.

Ok.Berhenti dahulu sebab rasa nak berak.Jumpa lagi sebentar dalam tulisan akan datang,sayang.