14 August 2010

Berlengas Badan

Kau tahu berlengas tu apa tak?Jangan kata tak tahu pulak.Sebab nanti aku jadi panas.Berlengas ni bagi yang faham,akan tahu dan mahir benar rasanya.Aku baru habis berlengas la ni tadi.

Tak selesa,panas,berpeluh-peluh,semuanya terhadam jadi satu.Memang tak selesa.Kalau aku masih bayi comel berketul-ketul badannya,aku akan menangis teresak-esak dan nampak comel.Dah besar ni tak dapat lah mahu menangis begitu.Mahu ditampar sahaja pipi aku.

Tadi,macam biasa yang tidak lah biasa pun,aku bermain futsal.Kaki-kaki yang main sama tak ada lain,muka-muka yang sama juga.Ramadhan,Pesta Keamatan,Hari Malaysia,atau hari apapun pun,kalau mahu dan sudah dirancang,akan juga tersembul muka-muka kaki ini bermain bersama-sama.

Jujurnya,aku bukanlah jenis laju.Sebab badan aku sedia besar dan gemuk,membantut pergerakan aku menjadi lebih lincah.Asal hati memang mahu berlari 1-2 bersama rakan sepasukan,kawan sepak jauh,aku berlari kencang,menyambut dan menendang pantas.Itu semua sudah dirancang dalam kepala bana aku awal-awal.

Memang dah dirancang.Tapi,Allah sudah menetapkan yang tahap kecerdasan aku begini.Yang terbaik begini.Walau diri selalu merungut,aku kembali mengingat.Mesti ada hikmahnya.Ada sebab kenapa aku tak selincah Lionel Messi,Raul,sekadar menyebut beberapa nama.

Namun begitu,aku tetap lincah.Dengan gaya aku.

No comments:

Post a Comment