02 August 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mari-marilah kita menulis.Bila dah membaca,fikiran berjalan dan kita berfikir.Barulah sesuai dengan segala macam bana isme-isme yang kau jaja dalam lagu,puisi,kepala dan bercakap.

Betul.Tulis senang lah.Cuba buat tengok.Aku sedang cubalah ni.Memuat mana yang aku mampu.Membuat segala macam perkara yang aku rasa dapat memberi bukan aku sahaja,tetapi segala manusia kebaikan secara mutual dan bersama-sama.

FAQ
Aku siapa?Tak perlu lah nak tahu sangat.Itu tidak penting sangat.Yang penting isi cerita,isu,ilmu yang mungkin ada untuk dikongsi secara baik bersama-sama.

Kenapa Ulas-ulasan?Kenapa tak komersial?Kenapa kau gemok?Ulas-ulasan adalah badan yang tiada hierarki,tidak merancang untuk mengaut berjuta-juta dari tulisan ini dan bersifat tidak memihak siapa-siapa.Aku memihak diri aku.Jika ada persamaan,itu namanya bersependapat.

Jika tidak,kita gaduh.Maaf.Gurau sahaja.Kita tidak bergaduh.Kita menyelam dalam lagi dan berbual.Isi cerita boleh jadi apa sahaja.Yang aku suka,yang aku nampak,yang aku bau dan yang aku rasa.

Ok.Berhenti dahulu sebab rasa nak berak.Jumpa lagi sebentar dalam tulisan akan datang,sayang.

No comments:

Post a Comment