12 August 2010

Macam Sudah Lama Sangat

Selamat berpuasa.Ahlan Ya Ramadhan.Berjumpa lagi bulan perubahan manusia secara total.Bazaar Ramadhan tumbuh semacam kulat atas roti putih.Hijau warna.Tak boleh dimakan sebab nanti sakit perut terkena fungus.

Aku seboleh-boleh memang seiring manusia lain.Mahu bertukar.Mahu mengelok diri menjadi diri yang lebih baik dan baik dan baik dan baik.

Berputar-putar menjauh.Aku usaha tahap mana yang aku mampu.Soal kehendak diri dan apa yang menjadi Ad-Din aku iaitu Islam terus memuncak.Terkadang susah macam nak mati menerangkan apa aku faham dan aku percaya.

Tapi,biarlah sendiri.Hanya Ilahi dan aku yang mengerti dengan dalam-dalam.Hari ini aku rasa sangat panas.Bila sudah aku kata sangat panas,aku maksudkan dengan tegas.Memang panas.

Bercampur pula dengan baju batik merah ketat,seluar khaki bercapuk dan rasa kering dimulut,membuat aku sering alpa soal sabar.Marah sikit,rotan.Marah sikit,rotan.Kau nak jadi apa,cikgu?Merotan sahaja kerja.Soal ini perlu pendekatan ilmiah.Kajian buku berpuluh-puluh,pengurusan efisen,laporan itu,laporan ini.

Aku menghadap dan aku rasa.Aku fahamlah sendiri.Aku percaya apa aku percaya.

No comments:

Post a Comment