01 December 2010

Jalan-Jalan #1 (Ipoh)

Anak muda terbalik kuang dalam kolam buatan di Ipoh,Perak Darul Ridzuan.

Lama tak menulis di sini bukan lah bermakna aku hilang berat badan.Bukan juga aku sudah lupa diri dan mungkin aku sudah bertunang dengan Fatin Liyana.Aku hilang tak ada sebab sangat.Kadang kala macam suka-suka tak mahu menulis kerana nafsu kalau boleh aku kata;untuk menulis tidak ada di tempatnya.

Melayan terlalu banyak pemikiran dan perasaan aku juga menjadi antara alasan-alasan untuk aku jarang menulis.Benar.Aku tidak patuh dan kental menulis pada skala yang tetap dalam sesuatu garis masa.Aku secara umum sangat bebas.Freelance bak kata Bahasa Inggerisnya.Kerja secara begini lebih aku senangi.Semacam tak ada tekanan sangat.Dan hati agak suka dan gembira menulis setiap patah kata yang terlintas spontan dalam kepala jambulku.

Kali ini dan saat ini,mari aku mengulas tentang perjalan pendek aku ke antara kota yang sangat aku senangi dan raikan iaitu;Ipoh.

Apa?Ipoh dekat mana?Tolong jangan terlalu bijak saudara.Kelak ditampar pipi oleh aku,merah pipi meraba-raba.Ipoh secara fizikal,mana yang aku ingat sementelah aku belajar Kajian Tempatan dan Geografi sedikit masa dahulu terletak di kawasan kaki bukit.Banyak adanya gua batu kapur dan cuacanya mendung dan enak sahaja dilihat dari mata rabun aku ini.

Bagi aku,atmosphere di sini tenang dan nyaman.Kotanya juga tersusun dengan deretan kedai lama dan jalan sehala.Aku tak berjalan jauh.Berjalan dengan keluarga aku memang begini.Ada sekeping gambar yang menggambarkan betapa membuaknya darah anak-anak muda di sini,dan asyiknya mereka di sini.Moga kawan-kawan semua dapat merasa juga keghairahan yang sama.

Tak terkejut lah aku bahawa Ipoh menjadi pusat mulanya mereka yang bermain musik ala-ala Dinosour Jr,Sonic Youth,hinggalah pencetus Black/Shadow Metal yang ekstrim seperti Langsuyr!


No comments:

Post a Comment