02 December 2010

Benda Aku Suka #2 :Gemuk

Badan besar,jiwa pun besar!

"Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang."
Wikipedia Bahasa Melayu.

Di atas ada sekeping gambar dan ada sebuah penjelasan mengenai apa benda yang mahu aku ceritakan kali ini dalam sebuah laman sesawang labah-labah yang ramai pelajar-pelajar IPTA salin terus isinya dan diletakkan dalam assignment yang kemudiannya dinilai para pensyarah yang bersarah dan mendapat A++ bagi subjek tersebut.Kiranya,itulah maksud gemuk dalam penilaian yang rasmi dan tersusun.

Gemuk ialah sebuah bentuk stigma masyarakat yang sudah lama pada seseorang yang berbadan gemuk.Boyot,boroi,perut terlipat,gajah,sial,badak berendam,dan pelbagai kata nista yang diludah-ludah manusia kepada mereka yang berbadan gemuk.Pada mereka tak ada apa.Mereka gembira.Pada mereka,golongan gemuk tak punya apa-apa rasa pun.Pedulikan mereka dan hina sahaja.

Sebab pada mereka,mereka yang gemuk hanya tahu tersenyum.Macam orang tak punya perasaan.Tengok sekeliling kau manusia.Kau tengok dengan mata dan hati kau.Semua yang gemuk ini apa ertinya pada kau?Dari pejabat kerajaan,kedai jual top up,masa kenduri kahwin,reunion sekolah menengah,masa gig sekalipun,akan ada diskriminasi pada mereka ini.Ya.Diskriminasi pada orang-orang gemuk.

"Weh boyot!Gemok gila kau sekarang!Comel gila dow macam Kungfu Panda.hahahaha" gelak lelaki anarkis yang tolak agama,tolak diskrimanasi pada golongan gay,tolak diskriminasi pada perkauman,baju penuh dengan patches politikal,tapi di masa yang saya melempar kata diskriminasi.Hanya kerana engkau gemuk.

Bergurau.Ya.Alasan memang bergurau.Untuk memeriahkan suasana la bang.Tak ada niat lain pun.Jangan jadi bodoh la saudara.Kita ada pernah memikirkan atau tidak apa yang mereka ini rasa?Pemerhatian aku hal ini sangat menyeluruh.Masyarakat sangat bodoh bila masa masuk hal ini.Mereka seakan dirasuk.Mereka seakan terkesima.Gemuk semuanya boleh dikait rapat dengan makan pelahap,lembab,main futsal tak punya stamina,tak punya kekasih,bau badan bawang dan pelbagai tohmahan yang dicerna dalam bentuk 'gurauan' katanya.

Pada hari ini,biar aku memberitahu dari apa yang aku tahu.Gemuk bukan dosa.Menjadi gemuk sekadar mendekatkan diri pada penyakit.Itu aku mengaku dan setuju.Sebulat dan satu suara.Tapi,apa dosa mereka?Yang menjadi bahan gurauan kau yang tidak kesudahan.Yang tidak ada pasang dan surutnya?Yang tak ada cerai talak tiga melalui SMS?

Ingin aku tegaskan dengan apa yang aku percaya bahawa manusia semuanya sama.SAMA.Tak punya beza.Hanya punya perut bersaiz 40sentimeter tidak menjadi asas menjadi sumber cacian kawan-kawan.Mempunyai saiz t-shirt XXL bukan lesen boleh dihina depan sanak saudara.Punyai perut berlapis-lapis bukan sebab untuk kau hina lelaki yang menyatakan hasrat menyayangi kamu dengan jujur.

Aku dapat rasa ini ialah hasil pembasuhan otak manusia oleh sistem kapitalisme yang mengangkat kecantikan,ketampanan manusia berasakan hanya pada badan tegap,badan kurus,seluar skinny,dan pelbagai lagi kepercayaan yang bagi aku sangat karut dan tahyul.

Bagaimana aku boleh faham semua ini?

Kerana aku juga gemuk seperti kamu semua.Aku faham apa yang kau lalui sepanjang hari.

Viva La Obesity!

3 comments:

  1. ta tau lah . tapi aku dulu 120 kg . ni kisah benar :)

    ReplyDelete
  2. Masya Allah.Sungguh kamu kurus kini.
    Sungguh!

    ReplyDelete
  3. Pangkal di hati mungkin. If kau kata kurus maka berusaha (:

    ReplyDelete