04 December 2010

Jijik!




Buka peti kotak hitam itu,
Aku memusat mata ke satu-satu pergerakan,
Mana yang bergerak,
Akan aku perhati,
Perhati semua perkataan terkeluar,
Semua watak-watak celaka,
Tapi kemas dan bersih,
Jijik aku perhati dan ikuti,
Kemahuan hati tak dapat aku lari,
Lagi dan lagi,


Penuh ruang bunyi mahu kau khabar,
Bahawa diri sangat suci,
Padahal kau jijik,
Terlalu jijik daripada anak-anak kecil mencari sampah,
Sampah yang kau kira sampah,
Tapi makanan sehari bagi si budak.
Kau sibuk bersama semua perjanjian,
Sibuk dengan ekonomi kukuh,
Sibuk dengan keprihatinan,
Sibuk dengan penjenamaan semula,
Sibuk dengan infrastruktur,
Sibuk dengan segala bana dunia,

Tapi kau lupa ya jijik?
Atau kau buat-buat bodoh?
Apa kau buta mata?
Dan tak rasa apa?
Melihat anak kecil kurus meraung tiada susu?
Anak Penan rakus dirogol tak bermaya?
Rumah-rumah kau rata atas nama projek?
Anak-anak muda tiada kerja?
Orang tua mencuri tepung susu kerana desakan?
Anak muda menjual diri atas nama keterusan hidup?

Kau buta jijik,
Kau lebih buta dari si buta jijik,
Kau jijik dan loya,
Kau jijik yang kemas,
Kau jijik yang tinggi,
Tinggi kau jijik,
Satu hari akan mati,
Aku pasti.

Ruang bersila rumah.
8.34 malam.


No comments:

Post a Comment