04 December 2010

Raja,Sehari Sahaja La.

Gambar seorang Raja Sehari yang sempat aku bekukan.

Semacam kebiasaan hari-hari minggu yang lalu,juga hari-hari cuti sekolah yang lalu,hal ini sudah seperti tidak dapat lari lagi.Iany pasti akan ada.Ianya pasti akan hadir.Walau cuba aku lari,dapat ia kembali mengejar.

Walimatulurus atau bahasa mudahnya;majlis perkahwinan.Hari ini hari Ahad.Menjadi sudah satu tradisi hidup.Hari Ahad akan dikaitkan dengan hari bersosial.Yang punya kekasih akan ketemu di KLCC.Duduk rapat-rapat tepi kolam air pancut yang memancut air setiap petang.Yang berkawan-kawan akan ke Mid Valley.Akan ada reunion semula kelas Tingkatan 4 Laksamana,3 Hormat,2 Hang Tuah,1 Mawar dan bermacam kelas lagi.Tempat fokus pastinya restoran makanan segara yang tidak sesegera namanya.Kalau boleh aku namakan beberapa;KFC,McD,Pizza Hut,Satay Haji Samuri dan yang lainnya.

Tapi,pada suatu sudut,punya mereka yang akan melalui satu fasa yang amat vital.Ianya sepenting saat mereka dilahirkan,saat mereka masuk ke Darjah 1.Saat mereka masuk jawi (bagi yang Muslim).Saat mereka melihat video porno yang pertama ( lebih pada lelaki juga ).Saat mereka meluah rasa cinta pada pasangan berlainan jantina.Saat mereka diterima kerja berjawatan kontrak dan selainnya.

Ini ialah hal yang sama.Saat menjadi Raja.Raja Sehari namanya.Peluang memakai set songket kuning Di Raja.Peluang muka di make up putih lesi.Peluang diarak oleh kawan-kawan di atas tandu.Peluang makan disuap manja.Peluang diambil gambar bertalu-talu hasil speedlight Nikon SB 900 yang hebat.

Ini peluang keemasan.Ini peluang seumur hidup sekali.Inilah Raja Sehari sahaja.Mahu juga aku menjadi Raja Sehari.Tetapi,aku sedar.Harga yang perlu aku bayar sangat mahal.Duit harusnya dalam lingkungan RM 20,000.Harus punya kerja tetap.Harus punya kereta.Harus ada rumah.Harus punya itu.Harus punya ini.

Dan pada hari Ahad yang sekalian ini,aku akan ke sana lagi bagi meraikan peak hubungan dua manusia yang pada awalnya mahram.Kini,mereka menjadi halal.Itu sungguh indah.Bagi aku walaupun atas harga masa kini yang tak masuk akal.Yang aku mahu raikan Raja Sehari ini.Bukannya Raja Selamanya yang punya pelbagai rupa istana dan tidak pernah mahu faham apa marhaen mahu dan perlu.

Selamat Semuanya Raja Sehari!


No comments:

Post a Comment