03 December 2010

Kali Ini 4 in 1,awak!

Power tu bang!


Saat kita meminum kopi,ianya memang seakan satu nikmat yang dalam.Ini bukan boleh dibuat main-main.Kopi dipetik juga dipilih dari biji-biji kopi yang bermacam jenis,gred dan mutu kata bijak pandai hal kopi.

Meminumnya akan menjadikan seseorang mendapat pelbagai kesan baik.Itu yang dijual oleh semua penjual kopi.Kopi mampu menenangkan jiwa.Menjadi seorang lelaki lebih romantik.Menjadikan sistem peranakan bersih.Mengembalikan tenaga batin.Menjadikan usus besar bersih.Membunuh kaviti di mulut.

Bermacam-macam yang dijual.Yang menjual ialah mereka yang mahu barang-barang mereka dapat dijual.Supaya nanti,duit masuk.Bila duit masuk,hati jadi suka dan senang.Bila sudah senang,rasa diri sudah kaya.Kemudian bayar muka kereta-kereta besar.Kemudian cari gadis-gadis cantik yang perlukan wang.Kemudian gelak ketawa.Kemudian tindas orang lain di bawah.Sudah ditindas,hina pula orang lain.

Ada paket-paket kopi yang pelbagai.Selalunya berbentuk paket-paket kecil.Kononnya untuk menyenangkan manusia membawa kesana - sini lantaran hidup yang sibuk.Padahal,hasrat sebenar,kandungan kopi dikecilkan jumlah bagi memaksimumkan keuntungan.Ini memang prinsip dan peraturan kapitalisme.

Cerita kopi dah panjang ni.Isu utamanya ialah bukan kopi.Yang utama ialah minyak Ron 95,Ron 97,Rooney MU,Gas, dan segala benda naik harga lagi.

Tahniah negara!Kita dalam landasan yang betul.Kita negara yang maju!

2 comments:

  1. KOPI LUWAK ke apa jadah nama dia dekat indonesia sekarang jadi pilihan.

    aku ingat nak bela musang dua tiga ekor. sementara tunggu besar ingat nak beli pokok kopi. boleh bisnes kopi luwak ni.

    ReplyDelete
  2. Kopi Luwak ialah dikatakan kopi terbaik.Biji-biji nya dipilih oleh musang-musang yang comel.
    Kopinya dikutip pekerja ladang dari najis musang-musang comel tersebut Fakrul.

    Aku lebih tertarik pada musang comel tu.

    ReplyDelete