06 December 2010

Tahun Bahru,Diri Kontrak

1 Ibnu Sina yang selalu aku rindu walaupun riuh-rendah.

Tahun bahru hijrah 1432 muncul untuk kali yng pertama dan sekali sahaja sepanjang zaman.Selepas masuknya Maghrib sebentar tadi,kita sudah menginjak kaki ke dalam tahun yang bahru.Aku bersyukur.Syukur yang sangat dalam.Ini kerana aku yang sangat kecil ini (mahupun aku besar badannya) masih diberi Allah Azza Wajalla peluang untuk bernafas.

'Apa benda kau ni?Benda hirup udara pun buat entry blog ke?Noob la.hahaha,' gelak abang-abang old timer bloggers.Tak ada lah bang.Saya cuma menulis apa sahaja yang saya rasa.Apa saya fikir.Apa saya bau.Apa saya lihat.Apa saya hendak.Itu sahaja bang.Kata setiap manusia ada akses kepada freedom of speech?Kalau saya tak silap lah.

Jadinya,saya mahu tulis sedikit.Apa sebarang dua yang saya rasa sempena hari dan tahun bahru hijrah yang bahr bermula selepas Maghrib sebentar tadi.Aku ini pada siapa-siapa yang tidak tahu,dan tidak mahu ambil tahu adalah seorang pendidik kontrak.Pada pandangan manusia biasa,iaitu tipikal masyarakat biasa aku boleh dikatakan seorang yang tak punya masa depan kukuh.Jika aku ingin meminta pinjaman dari bank-bank tempatan sebanyak RM 35,000 bagi tujuan menjadi modal permulaan peternakan ikan keli Afrika,aku akan ditolak mentah-mentah oleh pengawai bank yang bertugas.

Menjadi pekerja kontrak,memang menjadikan diri aku sedikit kecewa.Secara jujur,aku menjadi kurang yakin dengan masa depan aku sendiri.Aku tidak tahu bila masa yang tepat bila aku akan kahwin.Bila aku akan dapat memakai Gilera VXR 200.Dan hal-hal yang terutamanya berkaitan dengan wang.Aku jadi seakan lelah.

Mudah sungguh aku menjadi lemah hanya kerana aku pekerja kontrak.Hanya kerana masyarakat memandang aku sebagai tidak tetap dan tidak punya apa-apa sangat.Mudah sungguh.Semudah pasangan muda bercumbuan mesra di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur.Terlalu mudah.

Kadang kala,aku menjadi tiada semangat.Tiada rasa apa-apa.Rasa lapar,terasa.Tetapi,rasa-rasa yang lain aku seakan menjadi kosong.Aku memandang aku seakan tak berguna hanya bernama pekerja kontrak.Aku tahu kedengaran aku ini terlalu bodoh,tetapi itu realitinya.Realiti hidup aku yang sehari-harian aku hadapi.

Aku menjadi mudah untuk menurut arus hidup dunia yang muktahir.Aku terlalu mengikut apa yang diberitahu orang-orang disekeliling aku mengenai apa yang aku perlu ada juga punyai untuk dianggap normal.Kahwin,buat pinjaman,ada kereta,ada kekasih,punya rumah,Rosmah Mansur,pengkhianatan dan bermacam lagi.

Semuanya ialah aku cuba berusaha bagai nak mati untuk menjadi apa yang orang lain anggap sebagai standard dunia.Pelik.Aku boleh jadi lemah semangat,menjadi bodoh dan menjadi seakan tidak boleh berfikir.Hanya kerana pekerjaan aku kontrak aku menjadi begitu.

Lemah sungguh iman dan diri aku!

Sudah sampai saat aku harus kuat.Kuat bukan sekadar tumbuk tampar kuat.Bukan kuat menghina manusia.Bukan sibuk bercakap.Tapi,membuatnya.Aku mahu menjadi realist yang segar.Aku mahu benar-benar sedar bahawa apa juga kerja itu tanggungjawab.Semua perkara dan hal ke atas aku,ku dipertanggungjawabkan.Bukan kerana takut kepada Kementerian,bukan kerana takut pada Menteri,bukan takut kepada budak-budak Nazi,tetapi takut hanya kepada Allah Ya Rahman.

Biar lah diri kontrak,asal jujur membuat kerja.Biarlah tertonggeng-tonggeng bekerja,janji puas hati dan menyelesaikan apa yang patut diselesaikan.Tak usah mahu terlalu terikut-ikut dengan taraf pemandangan manusia-manusia biasa.

Aku sudah penat.Juga aku mahu membuat diri lebih baik.Ini tahun hijrah 1432.Dan ini akan terus berjalan dan berjalan.Kelas demi kelas,subjek demi subjek,manusia demi manusia,guru demi guru,saat demi saat,aku akan terus membesar dan membesar.

Selamat datang Hijrah 1432 dan selamat datang diri bahru!



1 comment: