06 December 2010

Benda Aku Suka #3 : Photojournalism

Afrika Selatan,1978.Beberapa pekerja lombong emas kulit hitam sedang berehat di rumah kongsi mereka.Karya Abas ( Magnum Photos )


Melihat sekeping gambar hitam dan putih di atas,sangat mengesankan aku.Ini mungkin hanya gambar tidak ada warna yang memaparkan beberapa lelaki orang Afrika yang separuh bogel dalam suatu gambar.Tak ada pun apa-apa istimewanya.Tak ada pun Noh Hujan.Tak ada pun Mizz Nina.Tak ada pun Lisa Surihani.Tak ada pun Butik Uniqlo.Ini jika mahu dikaji dengan dalam,ini adalah rupa dan monumen manusia.Ini lah rupa manusia-manusia di bumi mereka sendiri tetapi tenaga mereka dikudakan,hak mereka dinafikan atas nama perbezaan warna kulit.Antara tuan mereka;si kulit putih dan mereka iaitu hamba;kulit hitam.Dasar Apartheid ialah dasar perkauman yang sangat terkenal diamalkan di Afrika Selatan dan ini antara rupa manusia yang sempat diambil ketika ianya masih diamalkan oleh salah seorang jurugambar yang sangat aku kagumi iaitu Abas.


Tidak seperti manusia lain yang mungkin menyukai fotografi dari pengaruh kawan,pengaruh teman lelaki,pengaruh kawan satu kelas dan yang lain-lain,aku menyukai fotografi melalui jalan yang lain dan mungkin juga tidak popular.Aku mengenali fotografi melalui kesukaan juga kesenangan aku membaca majalah-majalah hebat seperti National Geographic,Times,Newsweek dan yang seumpamanya.Aku mula melihat majalah tersebut dimulai umur aku sekitar darjah 4-5.

Melalui pembacaan bodoh yang semata-mata melihat gambar di dalamnya,aku mula menaruh minat yang sama untuk mengambil gambar sedemikian rupa.Aku suka melihat tenaga dan kuasa yang sangat kuat di dalam gambar-gambar di majalah ini.Aku semacam ghairah dan yang baiknya ghairah ini tidak memudaratkan.Aku ketika itu tidak tahu menahu istilah photojournalism, photo essay, dan yang lain-lain.Sungguh aku tidak tahu.

Kuasa dan tenaga gambar-gambar yang diambil diseluruh dunia ini sangat besar kepada aku.Aku terasa sangat dengan bersama objek yang ada di dalam gambar tersebut.Kuasa kuat macam pelempang.Terasa bila terkena muka.Diraba-raba menjadi merah padam.Terasa 2,3 jam juga.Itulah penangan gambar-gambar ini.

Pang!Pang!

Aku mula menjadi sedar bahawa ada manusia lain di muka bumi dunia.Bukan semata-mata aku dan keluarga aku.Gambar-gambar ini seterusnya membawa minat juga kemahuan aku ke arah fotografi.Namun begitu,ianya mungkin hanya bermula ketika aku menuntut di universiti.Ternyata,aku tidak hanya sekadar belajar ilmu-ilmu subjek peperiksaan yang ternyata menyebalkan dan bosan kangkung.

Aku mula terdedah akan mereka-mereka disebalik gambar-gambar maha hebat ini.Nama-nama seperti Abbas,Bazuki,James Nachtwey,Ron Haviv dan ramai lagi membawa aku menggemari fotografi.Mungkin dengan cara yang tidak popular.Mereka-mereka ini membawa kepada aku pandangan melalui gambar yang kadang kala tidak perlu untuk aku membaca ceritanya.Cukup sekadar menatap gambar sedalam-dalamnya sambil dengan sedikit pemikiran waras.

Aku menjadi ketagih dan mula untuk mencuba mana yang aku mampu untuk menjadi mereka.Aku menghabiskan hampir keseluruhan wang pinjaman pelajaran aku untuk membeli so called a DSLR.Akhirnya,aku dapat memiliki sebuah 350D dan ianya bukan mudah.Bukan semudah buat muka masam setengah jam dan membentak keras pada ibu kau sendiri meminta DSLR Nikon D90 yang kemudiannya kau berjaya miliki.Yang akhirnya,sekadar gambar-gambar kugiran di gig-gig yang hitam suram,gambar-gambar muka-muka gedik,gambar-gambar yang aku sendiri tak pasti ianya gambar ataupun sampah.

Aku belajar dari susah dan terus susah.Bila susah,aku menjadi cenderung untuk menghargai serta berfikir dengan lebih lagi dalam sesuatu perkara yang berkaitan.Hal fotografi ini juga sama.Aku mula mengetahu segala bana yang ada di surat khabar dan majalah-majalah yang aku tatap selama ini ialah apa yang dipanggil photojournalism,photo essay, di dalam disiplin fotografi.Aku mula belajar sendiri bermodalkan internet dan makalah-makalah ilmu fotografi bagi memahami hal-hal yang orang anggap mudah seperti Depth of field,RO3,ISO,Shutter speed dan bermacam-macam silibus dalam disiplin fotografi.

Aku menjadi penagih tegar yang gemuk.Penagih tegar ini akan selalu membuka laman sesawang seperti Magnum Photos,VII Photo Agency,dan beberapa agensi fotografi lain yang dekat kepada genre Photojournalism ini.Aku mula membaca maksud dan apa yang cuba ingin diluahkan para penembak-penembak ini kepada yang membaca.

Reuters juga menjadi antara ruang kegemaran yang utama.Hasil pembelajaran yang semuanya langsung tidak formal,aku sebenarnya berjaya juga meletakkan dua keping gambar yang diambil sendiri ke laman sesawang yang sangat kuat penilaiannya ini dan itu aku anggap sesuatu yang sangat aku banggakan.

Oleh itu,photojorunalism ini adalah akan terus menjadi sesuatu yang sangat dalam dan dekat kepada diri aku ini.Sama seperti tenaga pada musik Punk Rock/Hardcore,ianya juga memberikan aku suatu tenaga dan kuasa.Ianya juga membawa aku kadang kala jauh untuk berfikir mengenai dunia yang aku hidup selama hari ini.Oleh yang demikian,mahu atau tidak mahu,ianya kekal menjadi sesuatu perkara yang aku suka sepanjang hidup aku yang satu ini.Insya Allah.

Moga diizinkan Tuhan,dapatlah juga aku memiliki 5D Mark II,17-40mm.Hal kahwin,hal rumah sendiri boleh tolak tepi untuk dua perkara yang indah dan cult ini.

"My photography is a reflection, which comes to life in action and leads to meditation. Spontaneity - the suspended moment - intervenes during action, in the viewfinder."

-Abas of Magnum Photos.

No comments:

Post a Comment