05 December 2010

Redcolorphobia

Contoh yang salah meskipun agak comel.

Hari ini,ada suatu epidemik global terjadi di Kuala Lumpur.Semua manusia ketakutan kepada warna merah.Warna merah menjadi ketakutan yang melampau-lampau.Kata saintifik yang secara mutual dikeluarkan oleh Kementarian Sains Negara ialah Redcolorphobia.

Justeru,Kementerian memberi amaran yang keras bahawa mereka yang memakai apa-apa sahaja,kain mahupun bahan-bahan yang berwarna merah,samada dalam dan luar akan ditakuti dan akan dipasungbesikan dalam trak-trak Maria Hitam.

Oleh yang demikian,rakyat diminta untuk melupus dengan apa cara,apa sahaja ikhtiar dan bagaimana celah usaha sekalipun untuk membuang segala bahan-bahan pakaian berwarna merah dari memasuki Kota Kuala Lumpur.

Amaran ini membawa kepada maksud pengharaman memakai pakaian merah ini termasuklah baju jersi home Manchester United,Liverpool,Arsenal,Kelantan,Selangor dan beberapa pasukan yang sememangnya berwarna merah.Tidak dikira,samada merah muda,merah cili api,merah darah,merah strawberri,merah hati mahupun Merah (filem lakonan Awie dan Sifu M Nasir ).

Baju dalam merah,coli merah,seluar dalam ( spender ) merah,stoking merah dan tatoo merah ( jika berkenaan ) adalah diharamkan pada hari ini.Amaran ini adalah keras dan tindakan yang juga sama keras akan dikuatkuasakan pada marhaen yang ingkar dan degil.

Kementerian juga menyatakan ini adalah lanjutan kerana berpakaian serba merah berpotensi besar menarik perhatian lembu-lembu buta warna dan memungkinkan mereka ditanduk,disondol secara kasar dan lebih menakutkan mengakibatkan kematian.Ianya juga membahayakan kesihatan kerana mengakibatkan obesiti juga mati pucuk bagi kaum lelaki.



2 comments: