16 December 2010

Mudah Tapi Susah


Sirih merah diludah-ludah,
Melihat anak mandinya basah,
Banyak hal asalnya mudah,
Kini pandai dijadikan susah.

Petang hari menunggang kuda,
Bersama kekasih memadu manja,
Orang dulu kahwin muda,
Kini mengapa makin tua?

Tercabut kuku mengalir tak sudah,
Mengalir pekat namanya darah,
Bila berfikir kamu marah,
Kepala tersangkut nganga tak sudah.


Sedar-sedar kehabisan masa,
Terus laju ke atas katil,
Cuba-cubalah untuk membeza,
Antara yang benar juga yang batil.


Mencarut-marut bagai nak mati,
Aku tahu kau kosong sekali.
Masa akan tiba nanti,
Yang mudah akan diingati.

(bagus dibaca,difaham dan diambil peduli,sedikit pun tak apa)

14 December 2010

Pengantin Lama

Asal hujung mesti banyak majlis walimatulurus.Dan menjadi suatu tanggungjawab untuk hadir,jika tak punya apa-apa urusan lain pastinya.

Pasti aku akan cuba datang bagi menyediakan diri dengn sedikit suasana dan kemeriahan majlis.Melihat beras jenis apa yang dipakai.Melihat warna pelamin.Melihat solekan mak andam.Melihat lauk-pauk yang dijamu kepada tetamu.Melihat tetamu-tetamu lain yang hadir.Dan pelbagai perbuatan individual yang agak sendirian dan layan perasaan.

Tak dapat aku bayangkan yang aku akan menjadi mereka yang diraikan.Pastinya,akan ada satu hari nanti.Tetapi,aku tak pernah merancang.Kalau ada,aku bersyukur.Alhamdulillah.

Yang pasti,melihat pengantin bahru lagi aku minggu ini.Tahniah!

07 December 2010

Singkat

Hidup kita memang dapat kita rasa seakan panjang.Tapi,singkat benar.Sesingkat kain-kain belah peha kakak-kakak kerajaan.Kita menyangka kita akan hidup selama 70 tahun.Ada yang menyangka akan hidup sehingga 100 tahun.Ada pula menyangka akan terus hidup sehingga 60 tahun seperti Rasulluallah S.A.W yang di sayangi juga dikasihi.

Pelbagai cara manusia meraikan hakikat hidup ini.Bagi aku sendiri,kita ini tak hanya sekadar terlalu sebentar di dunia.Dunia yang bagi aku kadang kala sangat indah.Dengan segala macam makhluk.Segala macam hidupan.Segala jenisan bunyi-bunyian.Segala macam bau-bauan.Segala jenis manusia.Segala macam sifat dan sikap.Segala macam gerakan.

Sungguh aku kagum dan gembira kerana aku ini diberi kesempatan untuk ada di sini Ya Rabb.Selama aku diberi nyawa,hanya nyawa ini.Terus aku melihat dan melihat.Sendirian aku menilai.Berbekal hanya sedikit ilmu dunia dan juga sedikit ilmu Islam.Aku tak dapat atau tidak menyatakan yang aku akui aku akan hanya sebentar di sini.Dan itu hakikat yang aku rasa harus setiap manusia;sama ada kau beriman atau tidak percaya.

Hakikat bahawa dunia tidak hanya tempat sementara.Untuk kita mencari bekal bagi hidup abadi selepas ini.Tempat kita mencari cangkul,tanih subur,sumber air,kudrat bagi kita bercucuk-tanam menanam apa sahaja tanaman yang kita mahu dan senangi.Kubis,tembikai,kangkung,pulasan juga.Ini semua ditanam yang tentunya dengan penat dan lelah.Peluh berjurai-jurai meleleh.Di dahi,kelengkang,di semua tempat yang bisa kau fikirkan.Penat.Berjemur seharian,tertegak matahari atas kepala.

Penat menanam,akan ada sampai suatu ketika dan masa semua tanaman akan memberikan tuaian.Memberikan hasil.Dan pada ketika ini,semua manusia termasuk aku akan merasa suka dan ria.Tetapi,jalan untuk ke sini bukan mudah.Bukan hanya dengan sibuk ber-bb getah pink,bukan dengan mempersembahkan Power Point bagaimana mahu menjana pendapatan 15 angka,bukan apa-apa.

Semuanya daripada usaha juga penat lelah.Penat menanam.Penat mencangkul.Penat tidak mandi.Penat menggambus tanih dan pelbagai usaha yang memungkinkan mata melihat rumputan hijau hasil tanaman.

Ini cuma analogi atau perbandingan untuk hidup kita di dunia ini.Sekadar sekejap,singkat,sebentar.Mahu atau tidak,inilah yang akan terjadi dan berlaku.Tak tahu ke mana kita.Di sana kelak.Di mana tempat kita.Sempat atau tidak merasa dingin tembikai merah tanpa biji.Persoalannya,mana mungkin akan wujud tembikai merah ini?Secara magis?Ilmu hitam?Sebab kau dahulu anak raja?Sebab dulu kau Menteri Besar?Sebab kau dulu anarkis?

Bukan sebab apa.Sebab amalan yang kita usahakan sementelah kita di dunia.Mengingatkan diri aku sendiri yang utama dan yang mana yang sudi membaca.Mari kita baiki diri sendiri.Dan aku faham benar.Aku sendiri bukan betul mana.Solat ada yang kurang sifat dan bilangannya.

Tapi,aku sekadar mari bersama-sama menulis.Bahawa dunia serba indah ini sekadar hanya sementara.Terlalu sementara.Umpama saat kau menguap.Nikmat menguap.Sekali menguap,habis.Itu lah dunia dan sifatnya.

Mahu tidak mahu aku perlu memula kerja.Aku mahu membeli cangkul dan mencari tanih yang terpilih.Biar kelak dapat aku tuai hasilnya.Insya Allah.Dengan izin Allah Azza Wajalla.

06 December 2010

Benda Aku Suka #3 : Photojournalism

Afrika Selatan,1978.Beberapa pekerja lombong emas kulit hitam sedang berehat di rumah kongsi mereka.Karya Abas ( Magnum Photos )


Melihat sekeping gambar hitam dan putih di atas,sangat mengesankan aku.Ini mungkin hanya gambar tidak ada warna yang memaparkan beberapa lelaki orang Afrika yang separuh bogel dalam suatu gambar.Tak ada pun apa-apa istimewanya.Tak ada pun Noh Hujan.Tak ada pun Mizz Nina.Tak ada pun Lisa Surihani.Tak ada pun Butik Uniqlo.Ini jika mahu dikaji dengan dalam,ini adalah rupa dan monumen manusia.Ini lah rupa manusia-manusia di bumi mereka sendiri tetapi tenaga mereka dikudakan,hak mereka dinafikan atas nama perbezaan warna kulit.Antara tuan mereka;si kulit putih dan mereka iaitu hamba;kulit hitam.Dasar Apartheid ialah dasar perkauman yang sangat terkenal diamalkan di Afrika Selatan dan ini antara rupa manusia yang sempat diambil ketika ianya masih diamalkan oleh salah seorang jurugambar yang sangat aku kagumi iaitu Abas.


Tidak seperti manusia lain yang mungkin menyukai fotografi dari pengaruh kawan,pengaruh teman lelaki,pengaruh kawan satu kelas dan yang lain-lain,aku menyukai fotografi melalui jalan yang lain dan mungkin juga tidak popular.Aku mengenali fotografi melalui kesukaan juga kesenangan aku membaca majalah-majalah hebat seperti National Geographic,Times,Newsweek dan yang seumpamanya.Aku mula melihat majalah tersebut dimulai umur aku sekitar darjah 4-5.

Melalui pembacaan bodoh yang semata-mata melihat gambar di dalamnya,aku mula menaruh minat yang sama untuk mengambil gambar sedemikian rupa.Aku suka melihat tenaga dan kuasa yang sangat kuat di dalam gambar-gambar di majalah ini.Aku semacam ghairah dan yang baiknya ghairah ini tidak memudaratkan.Aku ketika itu tidak tahu menahu istilah photojournalism, photo essay, dan yang lain-lain.Sungguh aku tidak tahu.

Kuasa dan tenaga gambar-gambar yang diambil diseluruh dunia ini sangat besar kepada aku.Aku terasa sangat dengan bersama objek yang ada di dalam gambar tersebut.Kuasa kuat macam pelempang.Terasa bila terkena muka.Diraba-raba menjadi merah padam.Terasa 2,3 jam juga.Itulah penangan gambar-gambar ini.

Pang!Pang!

Aku mula menjadi sedar bahawa ada manusia lain di muka bumi dunia.Bukan semata-mata aku dan keluarga aku.Gambar-gambar ini seterusnya membawa minat juga kemahuan aku ke arah fotografi.Namun begitu,ianya mungkin hanya bermula ketika aku menuntut di universiti.Ternyata,aku tidak hanya sekadar belajar ilmu-ilmu subjek peperiksaan yang ternyata menyebalkan dan bosan kangkung.

Aku mula terdedah akan mereka-mereka disebalik gambar-gambar maha hebat ini.Nama-nama seperti Abbas,Bazuki,James Nachtwey,Ron Haviv dan ramai lagi membawa aku menggemari fotografi.Mungkin dengan cara yang tidak popular.Mereka-mereka ini membawa kepada aku pandangan melalui gambar yang kadang kala tidak perlu untuk aku membaca ceritanya.Cukup sekadar menatap gambar sedalam-dalamnya sambil dengan sedikit pemikiran waras.

Aku menjadi ketagih dan mula untuk mencuba mana yang aku mampu untuk menjadi mereka.Aku menghabiskan hampir keseluruhan wang pinjaman pelajaran aku untuk membeli so called a DSLR.Akhirnya,aku dapat memiliki sebuah 350D dan ianya bukan mudah.Bukan semudah buat muka masam setengah jam dan membentak keras pada ibu kau sendiri meminta DSLR Nikon D90 yang kemudiannya kau berjaya miliki.Yang akhirnya,sekadar gambar-gambar kugiran di gig-gig yang hitam suram,gambar-gambar muka-muka gedik,gambar-gambar yang aku sendiri tak pasti ianya gambar ataupun sampah.

Aku belajar dari susah dan terus susah.Bila susah,aku menjadi cenderung untuk menghargai serta berfikir dengan lebih lagi dalam sesuatu perkara yang berkaitan.Hal fotografi ini juga sama.Aku mula mengetahu segala bana yang ada di surat khabar dan majalah-majalah yang aku tatap selama ini ialah apa yang dipanggil photojournalism,photo essay, di dalam disiplin fotografi.Aku mula belajar sendiri bermodalkan internet dan makalah-makalah ilmu fotografi bagi memahami hal-hal yang orang anggap mudah seperti Depth of field,RO3,ISO,Shutter speed dan bermacam-macam silibus dalam disiplin fotografi.

Aku menjadi penagih tegar yang gemuk.Penagih tegar ini akan selalu membuka laman sesawang seperti Magnum Photos,VII Photo Agency,dan beberapa agensi fotografi lain yang dekat kepada genre Photojournalism ini.Aku mula membaca maksud dan apa yang cuba ingin diluahkan para penembak-penembak ini kepada yang membaca.

Reuters juga menjadi antara ruang kegemaran yang utama.Hasil pembelajaran yang semuanya langsung tidak formal,aku sebenarnya berjaya juga meletakkan dua keping gambar yang diambil sendiri ke laman sesawang yang sangat kuat penilaiannya ini dan itu aku anggap sesuatu yang sangat aku banggakan.

Oleh itu,photojorunalism ini adalah akan terus menjadi sesuatu yang sangat dalam dan dekat kepada diri aku ini.Sama seperti tenaga pada musik Punk Rock/Hardcore,ianya juga memberikan aku suatu tenaga dan kuasa.Ianya juga membawa aku kadang kala jauh untuk berfikir mengenai dunia yang aku hidup selama hari ini.Oleh yang demikian,mahu atau tidak mahu,ianya kekal menjadi sesuatu perkara yang aku suka sepanjang hidup aku yang satu ini.Insya Allah.

Moga diizinkan Tuhan,dapatlah juga aku memiliki 5D Mark II,17-40mm.Hal kahwin,hal rumah sendiri boleh tolak tepi untuk dua perkara yang indah dan cult ini.

"My photography is a reflection, which comes to life in action and leads to meditation. Spontaneity - the suspended moment - intervenes during action, in the viewfinder."

-Abas of Magnum Photos.

Tahun Bahru,Diri Kontrak

1 Ibnu Sina yang selalu aku rindu walaupun riuh-rendah.

Tahun bahru hijrah 1432 muncul untuk kali yng pertama dan sekali sahaja sepanjang zaman.Selepas masuknya Maghrib sebentar tadi,kita sudah menginjak kaki ke dalam tahun yang bahru.Aku bersyukur.Syukur yang sangat dalam.Ini kerana aku yang sangat kecil ini (mahupun aku besar badannya) masih diberi Allah Azza Wajalla peluang untuk bernafas.

'Apa benda kau ni?Benda hirup udara pun buat entry blog ke?Noob la.hahaha,' gelak abang-abang old timer bloggers.Tak ada lah bang.Saya cuma menulis apa sahaja yang saya rasa.Apa saya fikir.Apa saya bau.Apa saya lihat.Apa saya hendak.Itu sahaja bang.Kata setiap manusia ada akses kepada freedom of speech?Kalau saya tak silap lah.

Jadinya,saya mahu tulis sedikit.Apa sebarang dua yang saya rasa sempena hari dan tahun bahru hijrah yang bahr bermula selepas Maghrib sebentar tadi.Aku ini pada siapa-siapa yang tidak tahu,dan tidak mahu ambil tahu adalah seorang pendidik kontrak.Pada pandangan manusia biasa,iaitu tipikal masyarakat biasa aku boleh dikatakan seorang yang tak punya masa depan kukuh.Jika aku ingin meminta pinjaman dari bank-bank tempatan sebanyak RM 35,000 bagi tujuan menjadi modal permulaan peternakan ikan keli Afrika,aku akan ditolak mentah-mentah oleh pengawai bank yang bertugas.

Menjadi pekerja kontrak,memang menjadikan diri aku sedikit kecewa.Secara jujur,aku menjadi kurang yakin dengan masa depan aku sendiri.Aku tidak tahu bila masa yang tepat bila aku akan kahwin.Bila aku akan dapat memakai Gilera VXR 200.Dan hal-hal yang terutamanya berkaitan dengan wang.Aku jadi seakan lelah.

Mudah sungguh aku menjadi lemah hanya kerana aku pekerja kontrak.Hanya kerana masyarakat memandang aku sebagai tidak tetap dan tidak punya apa-apa sangat.Mudah sungguh.Semudah pasangan muda bercumbuan mesra di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur.Terlalu mudah.

Kadang kala,aku menjadi tiada semangat.Tiada rasa apa-apa.Rasa lapar,terasa.Tetapi,rasa-rasa yang lain aku seakan menjadi kosong.Aku memandang aku seakan tak berguna hanya bernama pekerja kontrak.Aku tahu kedengaran aku ini terlalu bodoh,tetapi itu realitinya.Realiti hidup aku yang sehari-harian aku hadapi.

Aku menjadi mudah untuk menurut arus hidup dunia yang muktahir.Aku terlalu mengikut apa yang diberitahu orang-orang disekeliling aku mengenai apa yang aku perlu ada juga punyai untuk dianggap normal.Kahwin,buat pinjaman,ada kereta,ada kekasih,punya rumah,Rosmah Mansur,pengkhianatan dan bermacam lagi.

Semuanya ialah aku cuba berusaha bagai nak mati untuk menjadi apa yang orang lain anggap sebagai standard dunia.Pelik.Aku boleh jadi lemah semangat,menjadi bodoh dan menjadi seakan tidak boleh berfikir.Hanya kerana pekerjaan aku kontrak aku menjadi begitu.

Lemah sungguh iman dan diri aku!

Sudah sampai saat aku harus kuat.Kuat bukan sekadar tumbuk tampar kuat.Bukan kuat menghina manusia.Bukan sibuk bercakap.Tapi,membuatnya.Aku mahu menjadi realist yang segar.Aku mahu benar-benar sedar bahawa apa juga kerja itu tanggungjawab.Semua perkara dan hal ke atas aku,ku dipertanggungjawabkan.Bukan kerana takut kepada Kementerian,bukan kerana takut pada Menteri,bukan takut kepada budak-budak Nazi,tetapi takut hanya kepada Allah Ya Rahman.

Biar lah diri kontrak,asal jujur membuat kerja.Biarlah tertonggeng-tonggeng bekerja,janji puas hati dan menyelesaikan apa yang patut diselesaikan.Tak usah mahu terlalu terikut-ikut dengan taraf pemandangan manusia-manusia biasa.

Aku sudah penat.Juga aku mahu membuat diri lebih baik.Ini tahun hijrah 1432.Dan ini akan terus berjalan dan berjalan.Kelas demi kelas,subjek demi subjek,manusia demi manusia,guru demi guru,saat demi saat,aku akan terus membesar dan membesar.

Selamat datang Hijrah 1432 dan selamat datang diri bahru!



05 December 2010

Redcolorphobia

Contoh yang salah meskipun agak comel.

Hari ini,ada suatu epidemik global terjadi di Kuala Lumpur.Semua manusia ketakutan kepada warna merah.Warna merah menjadi ketakutan yang melampau-lampau.Kata saintifik yang secara mutual dikeluarkan oleh Kementarian Sains Negara ialah Redcolorphobia.

Justeru,Kementerian memberi amaran yang keras bahawa mereka yang memakai apa-apa sahaja,kain mahupun bahan-bahan yang berwarna merah,samada dalam dan luar akan ditakuti dan akan dipasungbesikan dalam trak-trak Maria Hitam.

Oleh yang demikian,rakyat diminta untuk melupus dengan apa cara,apa sahaja ikhtiar dan bagaimana celah usaha sekalipun untuk membuang segala bahan-bahan pakaian berwarna merah dari memasuki Kota Kuala Lumpur.

Amaran ini membawa kepada maksud pengharaman memakai pakaian merah ini termasuklah baju jersi home Manchester United,Liverpool,Arsenal,Kelantan,Selangor dan beberapa pasukan yang sememangnya berwarna merah.Tidak dikira,samada merah muda,merah cili api,merah darah,merah strawberri,merah hati mahupun Merah (filem lakonan Awie dan Sifu M Nasir ).

Baju dalam merah,coli merah,seluar dalam ( spender ) merah,stoking merah dan tatoo merah ( jika berkenaan ) adalah diharamkan pada hari ini.Amaran ini adalah keras dan tindakan yang juga sama keras akan dikuatkuasakan pada marhaen yang ingkar dan degil.

Kementerian juga menyatakan ini adalah lanjutan kerana berpakaian serba merah berpotensi besar menarik perhatian lembu-lembu buta warna dan memungkinkan mereka ditanduk,disondol secara kasar dan lebih menakutkan mengakibatkan kematian.Ianya juga membahayakan kesihatan kerana mengakibatkan obesiti juga mati pucuk bagi kaum lelaki.



04 December 2010

Raja,Sehari Sahaja La.

Gambar seorang Raja Sehari yang sempat aku bekukan.

Semacam kebiasaan hari-hari minggu yang lalu,juga hari-hari cuti sekolah yang lalu,hal ini sudah seperti tidak dapat lari lagi.Iany pasti akan ada.Ianya pasti akan hadir.Walau cuba aku lari,dapat ia kembali mengejar.

Walimatulurus atau bahasa mudahnya;majlis perkahwinan.Hari ini hari Ahad.Menjadi sudah satu tradisi hidup.Hari Ahad akan dikaitkan dengan hari bersosial.Yang punya kekasih akan ketemu di KLCC.Duduk rapat-rapat tepi kolam air pancut yang memancut air setiap petang.Yang berkawan-kawan akan ke Mid Valley.Akan ada reunion semula kelas Tingkatan 4 Laksamana,3 Hormat,2 Hang Tuah,1 Mawar dan bermacam kelas lagi.Tempat fokus pastinya restoran makanan segara yang tidak sesegera namanya.Kalau boleh aku namakan beberapa;KFC,McD,Pizza Hut,Satay Haji Samuri dan yang lainnya.

Tapi,pada suatu sudut,punya mereka yang akan melalui satu fasa yang amat vital.Ianya sepenting saat mereka dilahirkan,saat mereka masuk ke Darjah 1.Saat mereka masuk jawi (bagi yang Muslim).Saat mereka melihat video porno yang pertama ( lebih pada lelaki juga ).Saat mereka meluah rasa cinta pada pasangan berlainan jantina.Saat mereka diterima kerja berjawatan kontrak dan selainnya.

Ini ialah hal yang sama.Saat menjadi Raja.Raja Sehari namanya.Peluang memakai set songket kuning Di Raja.Peluang muka di make up putih lesi.Peluang diarak oleh kawan-kawan di atas tandu.Peluang makan disuap manja.Peluang diambil gambar bertalu-talu hasil speedlight Nikon SB 900 yang hebat.

Ini peluang keemasan.Ini peluang seumur hidup sekali.Inilah Raja Sehari sahaja.Mahu juga aku menjadi Raja Sehari.Tetapi,aku sedar.Harga yang perlu aku bayar sangat mahal.Duit harusnya dalam lingkungan RM 20,000.Harus punya kerja tetap.Harus punya kereta.Harus ada rumah.Harus punya itu.Harus punya ini.

Dan pada hari Ahad yang sekalian ini,aku akan ke sana lagi bagi meraikan peak hubungan dua manusia yang pada awalnya mahram.Kini,mereka menjadi halal.Itu sungguh indah.Bagi aku walaupun atas harga masa kini yang tak masuk akal.Yang aku mahu raikan Raja Sehari ini.Bukannya Raja Selamanya yang punya pelbagai rupa istana dan tidak pernah mahu faham apa marhaen mahu dan perlu.

Selamat Semuanya Raja Sehari!


Jijik!




Buka peti kotak hitam itu,
Aku memusat mata ke satu-satu pergerakan,
Mana yang bergerak,
Akan aku perhati,
Perhati semua perkataan terkeluar,
Semua watak-watak celaka,
Tapi kemas dan bersih,
Jijik aku perhati dan ikuti,
Kemahuan hati tak dapat aku lari,
Lagi dan lagi,


Penuh ruang bunyi mahu kau khabar,
Bahawa diri sangat suci,
Padahal kau jijik,
Terlalu jijik daripada anak-anak kecil mencari sampah,
Sampah yang kau kira sampah,
Tapi makanan sehari bagi si budak.
Kau sibuk bersama semua perjanjian,
Sibuk dengan ekonomi kukuh,
Sibuk dengan keprihatinan,
Sibuk dengan penjenamaan semula,
Sibuk dengan infrastruktur,
Sibuk dengan segala bana dunia,

Tapi kau lupa ya jijik?
Atau kau buat-buat bodoh?
Apa kau buta mata?
Dan tak rasa apa?
Melihat anak kecil kurus meraung tiada susu?
Anak Penan rakus dirogol tak bermaya?
Rumah-rumah kau rata atas nama projek?
Anak-anak muda tiada kerja?
Orang tua mencuri tepung susu kerana desakan?
Anak muda menjual diri atas nama keterusan hidup?

Kau buta jijik,
Kau lebih buta dari si buta jijik,
Kau jijik dan loya,
Kau jijik yang kemas,
Kau jijik yang tinggi,
Tinggi kau jijik,
Satu hari akan mati,
Aku pasti.

Ruang bersila rumah.
8.34 malam.


03 December 2010

Kali Ini 4 in 1,awak!

Power tu bang!


Saat kita meminum kopi,ianya memang seakan satu nikmat yang dalam.Ini bukan boleh dibuat main-main.Kopi dipetik juga dipilih dari biji-biji kopi yang bermacam jenis,gred dan mutu kata bijak pandai hal kopi.

Meminumnya akan menjadikan seseorang mendapat pelbagai kesan baik.Itu yang dijual oleh semua penjual kopi.Kopi mampu menenangkan jiwa.Menjadi seorang lelaki lebih romantik.Menjadikan sistem peranakan bersih.Mengembalikan tenaga batin.Menjadikan usus besar bersih.Membunuh kaviti di mulut.

Bermacam-macam yang dijual.Yang menjual ialah mereka yang mahu barang-barang mereka dapat dijual.Supaya nanti,duit masuk.Bila duit masuk,hati jadi suka dan senang.Bila sudah senang,rasa diri sudah kaya.Kemudian bayar muka kereta-kereta besar.Kemudian cari gadis-gadis cantik yang perlukan wang.Kemudian gelak ketawa.Kemudian tindas orang lain di bawah.Sudah ditindas,hina pula orang lain.

Ada paket-paket kopi yang pelbagai.Selalunya berbentuk paket-paket kecil.Kononnya untuk menyenangkan manusia membawa kesana - sini lantaran hidup yang sibuk.Padahal,hasrat sebenar,kandungan kopi dikecilkan jumlah bagi memaksimumkan keuntungan.Ini memang prinsip dan peraturan kapitalisme.

Cerita kopi dah panjang ni.Isu utamanya ialah bukan kopi.Yang utama ialah minyak Ron 95,Ron 97,Rooney MU,Gas, dan segala benda naik harga lagi.

Tahniah negara!Kita dalam landasan yang betul.Kita negara yang maju!

02 December 2010

Benda Aku Suka #2 :Gemuk

Badan besar,jiwa pun besar!

"Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang."
Wikipedia Bahasa Melayu.

Di atas ada sekeping gambar dan ada sebuah penjelasan mengenai apa benda yang mahu aku ceritakan kali ini dalam sebuah laman sesawang labah-labah yang ramai pelajar-pelajar IPTA salin terus isinya dan diletakkan dalam assignment yang kemudiannya dinilai para pensyarah yang bersarah dan mendapat A++ bagi subjek tersebut.Kiranya,itulah maksud gemuk dalam penilaian yang rasmi dan tersusun.

Gemuk ialah sebuah bentuk stigma masyarakat yang sudah lama pada seseorang yang berbadan gemuk.Boyot,boroi,perut terlipat,gajah,sial,badak berendam,dan pelbagai kata nista yang diludah-ludah manusia kepada mereka yang berbadan gemuk.Pada mereka tak ada apa.Mereka gembira.Pada mereka,golongan gemuk tak punya apa-apa rasa pun.Pedulikan mereka dan hina sahaja.

Sebab pada mereka,mereka yang gemuk hanya tahu tersenyum.Macam orang tak punya perasaan.Tengok sekeliling kau manusia.Kau tengok dengan mata dan hati kau.Semua yang gemuk ini apa ertinya pada kau?Dari pejabat kerajaan,kedai jual top up,masa kenduri kahwin,reunion sekolah menengah,masa gig sekalipun,akan ada diskriminasi pada mereka ini.Ya.Diskriminasi pada orang-orang gemuk.

"Weh boyot!Gemok gila kau sekarang!Comel gila dow macam Kungfu Panda.hahahaha" gelak lelaki anarkis yang tolak agama,tolak diskrimanasi pada golongan gay,tolak diskriminasi pada perkauman,baju penuh dengan patches politikal,tapi di masa yang saya melempar kata diskriminasi.Hanya kerana engkau gemuk.

Bergurau.Ya.Alasan memang bergurau.Untuk memeriahkan suasana la bang.Tak ada niat lain pun.Jangan jadi bodoh la saudara.Kita ada pernah memikirkan atau tidak apa yang mereka ini rasa?Pemerhatian aku hal ini sangat menyeluruh.Masyarakat sangat bodoh bila masa masuk hal ini.Mereka seakan dirasuk.Mereka seakan terkesima.Gemuk semuanya boleh dikait rapat dengan makan pelahap,lembab,main futsal tak punya stamina,tak punya kekasih,bau badan bawang dan pelbagai tohmahan yang dicerna dalam bentuk 'gurauan' katanya.

Pada hari ini,biar aku memberitahu dari apa yang aku tahu.Gemuk bukan dosa.Menjadi gemuk sekadar mendekatkan diri pada penyakit.Itu aku mengaku dan setuju.Sebulat dan satu suara.Tapi,apa dosa mereka?Yang menjadi bahan gurauan kau yang tidak kesudahan.Yang tidak ada pasang dan surutnya?Yang tak ada cerai talak tiga melalui SMS?

Ingin aku tegaskan dengan apa yang aku percaya bahawa manusia semuanya sama.SAMA.Tak punya beza.Hanya punya perut bersaiz 40sentimeter tidak menjadi asas menjadi sumber cacian kawan-kawan.Mempunyai saiz t-shirt XXL bukan lesen boleh dihina depan sanak saudara.Punyai perut berlapis-lapis bukan sebab untuk kau hina lelaki yang menyatakan hasrat menyayangi kamu dengan jujur.

Aku dapat rasa ini ialah hasil pembasuhan otak manusia oleh sistem kapitalisme yang mengangkat kecantikan,ketampanan manusia berasakan hanya pada badan tegap,badan kurus,seluar skinny,dan pelbagai lagi kepercayaan yang bagi aku sangat karut dan tahyul.

Bagaimana aku boleh faham semua ini?

Kerana aku juga gemuk seperti kamu semua.Aku faham apa yang kau lalui sepanjang hari.

Viva La Obesity!

NI Hal Leceh!

Badan aku sudah bersiram.Aku sudah wangi dan harum.Merbaknya dikhuatir mempersona gadis-gadis seluruh kota.Bajunya merah dan kainnya pastinya terbaik.Jenis ini barangkali tidak satu atau dua sahaja yang ada di bumi Klang ini.

Tanjak kepalanya istimewa.Bercorak alam;berdaun kelapa.Rupanya sangat menyenangkan.Rasa selesa dan cuaca juga tidak lagi terlalu hangat dan membakar dada.Sekadar sedap dan enak.Langkah cuba disusun.Langkahnya juga rapi.

Selangkah,berhenti.Selangkah, berhenti.

Peluhnya tidak terjurai laju seperti biasanya.Rasanya sudah selesa.Tekadnya sudah dalam.Kali ini biar lah hingga ke waktu Isyak aku ke sana.Biar si muhadir,ustaz dan ulamak yang ada dapat membasuh jiwa aku.Terus mengingat aku perkara dan hal aku tak ingat.Dan yang selalunya aku kerap buat-buat tak ingat.

Di tepi pagar putih surau suci itu,dia sudah mulai kembali.Pulas.Memulas.Mintak diletak di muka mangkuk marmar putih.Agar dikeluar dengan nikmat segala kotor dan jijik benda lembik itu.

Hilang semua cantik.Hilang semua wangi sebentar tadi.

Nasib Kau Sial Atau Kau Yang Sial?

Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan yang kadang kala menyedihkan diri aku.Aku secara rupa dan badan memang nampak sihat.Gemuk dan nampak macam lelaki normal yang biasa sahaja.Macam tak ada apa.

Tapi,kehidupan ini penuh pelbagai rasa.Yang semuanya kurnia Allah Yang Maha Besar.Tak akan Dia menjadikan rasa sedap dan nikmat semata-mata dalam hidup untuk kita lalui sehari-hari.Tak ada kick,orang cakap.Tak kan lah segala benda engkau dapat?Muka kacak pun engkau.Badan segak pun kau.Rambut lembut macam perempuan juga kau.Kulit putih macam bawang putih pun kau.Tinggi 6 kaki pun kau.Bau badan manis pun kau.Dapat CGPA 3.67 pun kau.Pandai buat trick atas fixed gear pun kau.Famili penyayang dan terbuka pun kau.

Segala benda kau dapat.Dan ini mendorong kau dan kau memandang orang tidak sepertinya kau seperti seakan bodoh,tak ada guna,gemuk,sial dan pelbagai hal.Hebak mu!

Tak jadi hal brother.Kali ini kau memang yang agak sial.Kau tak pernah susah dan kau rasa kesusahan itu hina dan perkara remah yang tak patut dilayan.Sial mungkin kata yang keras.Sekeras biji saga.Keras.Tak ada lembik-lembik.Memaksudkan yang ini hal yang tinggi kelasnya.

Aku harap kau ni brother dapatlah kadang-kala berfikir dalam sikit.Tak dapat dalam sangat,dalam sikit sahaja pun okey sahaja.Sikit dan tepi-tepi sahaja pun tak mengapa.

Agar kau dapat rasa apa aku rasa,sial!

01 December 2010

Benda Aku Suka #1 : Refused.


Refused Are Fucking Dead!

Benda yang aku suka ini sahaja aku tulis untuk memuat semua hal dalam dunia yang bagi aku sangat aku senangi.Maksudnya,yang aku suka la tu,sayang.Dan untuk tulisan yang perdana ini aku ingin bercerita salah satu band cakap Amerikanya,yang aku sayangi iaitu Refused. Mereka ini anak-anak Punk Sweden.Ala,tak kan tak tahu awak.Yang kerusi-kerusi and study table y'all brand Ikea Tahu kan awak?Mereka ini dari Sweden lah.Berasal dari sebuah kawasan universiti bernama UmeƄ.Kiranya,jika ditakdirkan mereka lahir di sini,mereka tinggal di kawasan Pantai Dalam dan Kerinchi.Lebih kurang la.

Jadinya,apa yang special sangat about this guys you?Well,bagi saya mereka ini sangat kreatif dan tidak terlalu straight forward you know.Mereka sangat kreatif dari segi susunan musik mereka.Album terakhir mereka,Shape of Punk To Come dah menjadi antara rilisan Punk Rock/Hardcore yang cult dan klasik.Mereka mencampur aduk segala bagai bunyi dalam sebuah musik Punk Rock yang selama ini terkenal akan kerana ringkas dan mudah.

Musik mereka telah membawa sebenarnya bagi aku satu perisa baru.Perisa yang mungkin aku ingat sampai mati.Musik mereka progressive,muda dan terasa segar.Mereka juga dalam masa yang sama juga kaya dengan idea.Idealisme mereka sarat.Dan yang baiknya lagi,mereka melakukan dengan benar dalam hidup mereka tentang apa mereka percaya.Lirikal anti capitalisms sangat kuat terutama dalam album terakhir mereka.

Mudah cerita mereka ini komposisi musiknya seakan The Fall of Troy+Meshuggah+Crass+Fugazi.Pada pendengaran aku ini yang tidak seberapalah.Tak hebat ke macam tu awak?Bunyi mereka mungkin pada sesetengah manusia purist terlalu kosong dan lampung.Tetapi tidak pada aku.Ada beratnya lagu-lagu mereka.

Dan ini membuat aku merasa sangat istimewa meskipun mereka sudah lama mati.

RATHER BE DEAD THAN ALIVE BY YOUR OPPRESION!

Ha!Kan dah menjerit saya kat awak!

Terpaksa Memileh

Hidup ini sememangnya suka memaksa kita membuat satu-satu keputusan.Nadanya boleh jadi tergesa-gesa.Boleh jadi tenang dan aman.Menekan kepala kita.Mengasak-asak dada sampai sesak nafas.Semuanya atas keperluan untuk memilih.Pilih jangan tak pilih.Pelbagai keputusan perlu dibuat.

Apa baju kurung perlu dipakai?Apa tudung yang padan dengan warna baju kurung?Nak letak riben Fatin Liyana ke tak?Nak pakai tudung Ariyani atau Shawl?Nak boyfriend gemuk hodoh atau skinny Indie?Nak layan stranger chat dalam FB atau tidak?Nak abang Inspira merah baru keluar atau abang skuter bayar tak habis?Nak beli legging atau penampar adik yang koyakkan legging baru?

Hidup kita memang begitu.Aku juga tak boleh lari lantaran juga aju berbadan gempal.Susah nak lari.Semput,dik.Jadinya,kriteria untuk memilih ada banyak.Macam-macam perlu dipertimbangkan.Segala sudut perlu dikira baik-baik.Jangan kecilkan hati orang,jangan sakitkan hati orang,jangan sedihkan orang lain.

Asyik orang lain sahaja dari tadi,aku apa cerita ni?

Jalan-Jalan #1 (Ipoh)

Anak muda terbalik kuang dalam kolam buatan di Ipoh,Perak Darul Ridzuan.

Lama tak menulis di sini bukan lah bermakna aku hilang berat badan.Bukan juga aku sudah lupa diri dan mungkin aku sudah bertunang dengan Fatin Liyana.Aku hilang tak ada sebab sangat.Kadang kala macam suka-suka tak mahu menulis kerana nafsu kalau boleh aku kata;untuk menulis tidak ada di tempatnya.

Melayan terlalu banyak pemikiran dan perasaan aku juga menjadi antara alasan-alasan untuk aku jarang menulis.Benar.Aku tidak patuh dan kental menulis pada skala yang tetap dalam sesuatu garis masa.Aku secara umum sangat bebas.Freelance bak kata Bahasa Inggerisnya.Kerja secara begini lebih aku senangi.Semacam tak ada tekanan sangat.Dan hati agak suka dan gembira menulis setiap patah kata yang terlintas spontan dalam kepala jambulku.

Kali ini dan saat ini,mari aku mengulas tentang perjalan pendek aku ke antara kota yang sangat aku senangi dan raikan iaitu;Ipoh.

Apa?Ipoh dekat mana?Tolong jangan terlalu bijak saudara.Kelak ditampar pipi oleh aku,merah pipi meraba-raba.Ipoh secara fizikal,mana yang aku ingat sementelah aku belajar Kajian Tempatan dan Geografi sedikit masa dahulu terletak di kawasan kaki bukit.Banyak adanya gua batu kapur dan cuacanya mendung dan enak sahaja dilihat dari mata rabun aku ini.

Bagi aku,atmosphere di sini tenang dan nyaman.Kotanya juga tersusun dengan deretan kedai lama dan jalan sehala.Aku tak berjalan jauh.Berjalan dengan keluarga aku memang begini.Ada sekeping gambar yang menggambarkan betapa membuaknya darah anak-anak muda di sini,dan asyiknya mereka di sini.Moga kawan-kawan semua dapat merasa juga keghairahan yang sama.

Tak terkejut lah aku bahawa Ipoh menjadi pusat mulanya mereka yang bermain musik ala-ala Dinosour Jr,Sonic Youth,hinggalah pencetus Black/Shadow Metal yang ekstrim seperti Langsuyr!